Saturday 7 May 2011

Cinta???
Amat mahal takrifnya,
Itulah yang difitrahkan oleh,
Allah S.W.T kepada hambanya,
Cinta tertulis pada perkataan,
Tetapi gagal dilihat pada zahirnya,
Kerana cinta adalah tanggungjawab,
Dimana wujudnya kesetiaan,
Dan kejujuran di dalamnya,

Ingat pada yang satu,
Jujur pada yang merindu,
Dan rindulah pada yang menyayangimu,

Cinta takkan dapat,
Kalau tiada siapa yang memberi,
Tapi kalau mencari cinta,
Biarlah pada yang sudi,
Bukan pada yang simpati,
Kalau memberi,
Biarlah pada yang baik hati,
Bukan pada insan yang tidak berbudi,
Itulah cinta sejati !

No comments:

Post a Comment