Saturday 13 August 2011

mengenali awk...

mengenali awak..
satu kebahgiaan dalam hidup ini..
ibarat segala masalah hilang..
awak hadir di saat saya memerlukan teman bicara..
teman meluahkan kekusutan..
dan kita memutuskan untuk bersama..
perhubungan kita terlalu pantas..

tapi awak..
hidup ini bukan antara kita berdua sahaja..
banyak yang perlu kita fikirkan..
banyak yang perlu kita pertimbangkan..
sebarang keputusan adalah untuk kebahgiaan semua..

seandainya awak tahu..
kecewa dan di kecewakan telah menjadi perkara biasa..
sehingga satu saat tiada sebarang harapan di pertaruhkan..
hanya menanti sahaja apa yang bakal berlaku..

awak..
kebahgiaan hanya akan hadir jika di iringi restu..
halangan memang manusia ciptakan..
tapi jika halangan restu menjadi tembok utama..
saya tidak mampu untuk mengungkapkan kasih dan sayang..
apatah lagi cinta..
kerana saya tidak mampu lagi untuk memberikan harapan dan mengharap..

awak..
benar seperti yang di jangka..
halangan itu tetap hadir..
menguji kesabaran saya..
memberi tekanan demi tekanan..
sehingga saya terasa sukar untuk bernafas..
sukar untuk berfikir..
sukar menerima kenyataan..
dan akhirnya tangisan menjadi peneman..
airmata itu seakan mengerti perasaan saya..

awak..
bukan niat saya mempermainkan perasaan awak..
bukan niat saya untuk mengecewakan awak..
kerana halangan itu adalah restu yang amat saya perlukan..
bukan ya dan bukan tidak untuk di nyatakan..

akhirnya..
awak putuskan untuk berjuang dalam perhubungan kita ini..
awak, saya harap..
jangan menaruhkan harapan yang tinggi dalam perjuangan itu..
kerana saya takut awak akan kecewa..
kerana saya tidak mahu menjadi orang yang mengecewakan awak..
saya tidak mahu awak menangisi lagi sebuah kekecewaan..

awak..
jika suatu hari..
kita tidak dapat meneruskan perhubungan ini..
ingatlah yang awak memang terbaik..
tapi mungkin saya bukan yang terbaik buat awak..
ada insan lain yang di ciptakan untuk kita..
redha dan pasrah dalam menerima ketentuan Ilahi..

awak..
walauapaun yang terjadi,
antara kita takkan bermusuhan dan berdendam..
itu yang saya harapkan..
jika kita ikhlas dalam hubungan kita ini..
sulamilah ikatan kita nanti dengan sebuah persahabatan.

No comments:

Post a Comment